Saturday 9 April 2016

pantun




PANTUN
Definisi PantunPantun adalah cabang puisi Melayu Klasik yang paling popular . Pantun menjadi popular kerana sifatnya yang ringkas serta mudah diingati atau dihafal . Seseorang boleh mencipta pantun setelah mempelajari sifat-sifatnya iaitu :

a) Terdapat dua bahagian dalam pantun iaiitu bahagian pembayang dan bahagian maksud . Bagi pantun 4 kerat , baris 1 dan 2 adalah bahagian pembayang . Manakala baris 3 dan4 adalah maksud . Begitu juga dengan pantun 6 kerat . Bahagian pembayangnya adalah pada baris 1, 2 dan 3 . Bahagian maksudnya pula adalah pada baris 4, 5 , dan 6 .
b) Rima akhirnya atau huruf di hujung baris adalah sejajar , iaitu bagi pantun empat kerat rima akhir biasanya “abab”. Untuk pantun 6 kerat biasanya rima akhirnya “abcabc”.
c) Biasanya , setiap baris mestilah mempunyai 8 hingga 12 suku kata . Jumlah suku kata yang kurang atau lebih daripada suku kata tersebut menjadikan sesebuah pantun itu kurang bermutu


Friday, 17 April 2015



Baik bergalas baik tidak,
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang

Maksud: Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlasdan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspekiaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauh mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orangyang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit keranabudi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga iadiingati sampai bila-bila.

Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikena


Maksud: Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudi akan dibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinyatelah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke mati selagi hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kala ialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus juga mencerminkan kekayaan hati budi seseorang. 

PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya,
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

MAKSUD : Orang yang beriman mempunyai sifat sababr dalam diri yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.


Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi Khalifah kepada Allah.

MAKSUD : Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.


Lengkang-lengkang apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang didarat,
Anak Cik Itam jatuh jalar,
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

MAKSUD : Bumi yang diwarisi daripada nenek moyangku akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri.